PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

perjuangan ini tidak akan selesai selagi syiar islam tidak tertegak diseluruh muka bumi ini.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi sistem khilafah tidak didirikan.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi dunia belum kiamat.

Wednesday, August 24, 2011

Jejak langkah pejuang agama, ulama terbilang dan wali Allah.

IMAM SYAFI'EE(mazhab syafi'ee):
tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir2 dipancung kerana dituduh Syi'ah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI(mazhab hanafi):
Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa meminum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar2 pemerintah.

IMAM MALIK(mazhab maliki):
Disebat cemeti lebih kurang 70 kali sepenjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemerintah.

IMAM HAMBALI(mazhab hambali):
Di penjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan pemerintah.

SUFYAN ATH-THAURI:
seorang wali Allah yang termashyur, di tangkap tanpa bicara kerana berani menegur khalifa dan di hukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri2nya lalu mereka mati tertimbus tanah.

IMAM NAWAWI:
seorang wali Allah terkenal sepanjang zaman. hampir2 dipukul dan dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat.

SAID BIN JUBAIR:
Seorang wali Allah dikasihi harimau, dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL-BUSTAMI:
seorang wali Allah terkenal dengan karamahnya, dituduh sesat kerana ilmunya melebihi pemerintah. Di hukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada sesiapa yang berjaya memancungnya.

ABUL HUSIN AN-NURI:
Seorang wali Allah yang mampu menundukkan api. Di tangkap dan hampir dihukum kerana menentang pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

No comments:

Post a Comment