PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

perjuangan ini tidak akan selesai selagi syiar islam tidak tertegak diseluruh muka bumi ini.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi sistem khilafah tidak didirikan.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi dunia belum kiamat.

Wednesday, February 8, 2012

KHILAFIAH

assalamualaikum, ya sahabat2 sekalian...ana telah lama menyepi dalam blogger ini, hari ini ana tergerak hati untuk menulis kembali cetusan2 idea untuk ana nukilkan dalam blog ini. Hari ini ramai yang mempersoalkan tentang khilafiah agama, akan tetapi sepatutnya yang harus diberikan keutamaan adalah musuh agama terlebih dahulu, seperti zionis, kafir zimmi, khawarij dan yang seangkatan dengannya...akan tetapi mereka lebih gemar untuk mempersoalkan persoalan agama yang selayaknya dibincangkan oleh golongan ulamak, ini tidak, mereka2 yang bertaraf ustaz2 pondok (bukan untuk mengecilkan tahap ilmu ustaz2 pondok) yang mempersoalan khilafiah ini kepada medium yang kurang faham tentang agama iaitu golongan masyarakat yang masih baru hendak mengenal agama. ini akan menimbulkan kepincangan dikalangan masyarakat ini yang kebanyakannya daripada golongan remaja dan belia pada hari ini, apa yang ana khuatiri adalah anak2 muda ini akan terpelesong pandangannya mengenai sesuatu hukum yang mempunyai khilafiah apabila dibahaskan oleh gologan ustaz2 pondok ini...bagi ana adalah lebih baik sekiranya golongan yang hendak memahami agama ini diberikan pendedahan tentang keindahan islam dan keistimewaan islam...hal ini adalah untuk meyakinkan golongan ini untuk berpegang teguh pada ajaran islam sepenuhnya...setelah mempelajari usul fikh dan tasawuf baru lah kita boleh meneliti khilafiah2 yang ada pada hari ini...contohnya seperti menyambut hari kelahiran baginda rasulullah...menurut sesetengah pendapat ada menyatakan HARAM menyambut kerana tidak dilakukan oleh baginda sendiri dan tidak ada nas yang menyebutnya...akan tetapi jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum menyambut maulid nabi tidak lah HARAM...kerana ianya adalah sempena hari memperingati baginda...kesimpulannya, perbincangan serta berbahasan tentang kekhilafiah dalam agama ini adalah perbincangan dikalangan ulamak yang tinggi keilmuaannya sahaja, kita digologan pendakwah yang menyebarkan ajaran islam ini hanyalah penerima pendapat yang telah diputuskan oleh keputusan jumhur ulama sahaja, jangan lah kita pula yang meletakkan sesuatu hukum itu mengikut pandangan kita sahaja, kerana tahap ketinggian ilmu kita adalah masih rendah dan perlu lagi diberi tunjuk ajar...akhir kata, hanya Allah jualah yang mengetahui sesuatu yang berlaku itu...wallahualam