PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

perjuangan ini tidak akan selesai selagi syiar islam tidak tertegak diseluruh muka bumi ini.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi sistem khilafah tidak didirikan.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi dunia belum kiamat.

Wednesday, February 8, 2012

KHILAFIAH

assalamualaikum, ya sahabat2 sekalian...ana telah lama menyepi dalam blogger ini, hari ini ana tergerak hati untuk menulis kembali cetusan2 idea untuk ana nukilkan dalam blog ini. Hari ini ramai yang mempersoalkan tentang khilafiah agama, akan tetapi sepatutnya yang harus diberikan keutamaan adalah musuh agama terlebih dahulu, seperti zionis, kafir zimmi, khawarij dan yang seangkatan dengannya...akan tetapi mereka lebih gemar untuk mempersoalkan persoalan agama yang selayaknya dibincangkan oleh golongan ulamak, ini tidak, mereka2 yang bertaraf ustaz2 pondok (bukan untuk mengecilkan tahap ilmu ustaz2 pondok) yang mempersoalan khilafiah ini kepada medium yang kurang faham tentang agama iaitu golongan masyarakat yang masih baru hendak mengenal agama. ini akan menimbulkan kepincangan dikalangan masyarakat ini yang kebanyakannya daripada golongan remaja dan belia pada hari ini, apa yang ana khuatiri adalah anak2 muda ini akan terpelesong pandangannya mengenai sesuatu hukum yang mempunyai khilafiah apabila dibahaskan oleh gologan ustaz2 pondok ini...bagi ana adalah lebih baik sekiranya golongan yang hendak memahami agama ini diberikan pendedahan tentang keindahan islam dan keistimewaan islam...hal ini adalah untuk meyakinkan golongan ini untuk berpegang teguh pada ajaran islam sepenuhnya...setelah mempelajari usul fikh dan tasawuf baru lah kita boleh meneliti khilafiah2 yang ada pada hari ini...contohnya seperti menyambut hari kelahiran baginda rasulullah...menurut sesetengah pendapat ada menyatakan HARAM menyambut kerana tidak dilakukan oleh baginda sendiri dan tidak ada nas yang menyebutnya...akan tetapi jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukum menyambut maulid nabi tidak lah HARAM...kerana ianya adalah sempena hari memperingati baginda...kesimpulannya, perbincangan serta berbahasan tentang kekhilafiah dalam agama ini adalah perbincangan dikalangan ulamak yang tinggi keilmuaannya sahaja, kita digologan pendakwah yang menyebarkan ajaran islam ini hanyalah penerima pendapat yang telah diputuskan oleh keputusan jumhur ulama sahaja, jangan lah kita pula yang meletakkan sesuatu hukum itu mengikut pandangan kita sahaja, kerana tahap ketinggian ilmu kita adalah masih rendah dan perlu lagi diberi tunjuk ajar...akhir kata, hanya Allah jualah yang mengetahui sesuatu yang berlaku itu...wallahualam

Wednesday, August 24, 2011

Jejak langkah pejuang agama, ulama terbilang dan wali Allah.

IMAM SYAFI'EE(mazhab syafi'ee):
tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir2 dipancung kerana dituduh Syi'ah dan pemecah-belah masyarakat.

IMAM HANAFI(mazhab hanafi):
Ditangkap, dipenjara, disebat, disiksa dan dipaksa meminum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak bersetuju dengan dasar2 pemerintah.

IMAM MALIK(mazhab maliki):
Disebat cemeti lebih kurang 70 kali sepenjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan pemerintah.

IMAM HAMBALI(mazhab hambali):
Di penjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan pemerintah.

SUFYAN ATH-THAURI:
seorang wali Allah yang termashyur, di tangkap tanpa bicara kerana berani menegur khalifa dan di hukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menteri2nya lalu mereka mati tertimbus tanah.

IMAM NAWAWI:
seorang wali Allah terkenal sepanjang zaman. hampir2 dipukul dan dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat.

SAID BIN JUBAIR:
Seorang wali Allah dikasihi harimau, dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL-BUSTAMI:
seorang wali Allah terkenal dengan karamahnya, dituduh sesat kerana ilmunya melebihi pemerintah. Di hukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada sesiapa yang berjaya memancungnya.

ABUL HUSIN AN-NURI:
Seorang wali Allah yang mampu menundukkan api. Di tangkap dan hampir dihukum kerana menentang pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

Saturday, August 20, 2011

Rintihan utusan

salam, permulaan hari ku pada hari sabtu 20 ramdhan ini dimulakan dengan aku keseorangan kt bilik hostel ni. semua sahabat2 ku pulang ke teratak masing2. maka tinggallah aku kesepian dibilik ku. masa yang terluang tidak aku lepas kan, maksud ku disini iailah pabila kita keseorangan, masa itu lah yang sesuai untuk kita bermuhasabah diri. merenung khilafan yang lepas2, mengenang kenangan terindah, merenung kepahitan yang lampau, itu lah yang aku laku kan apabila aku keseorangan sambil berharap agar Allah sentiasa kekalkan aku didalam agamanya iaitu Islam. sepanjang hari aku berada di dalam bilik, em, dh macam anak dara kan...tp hakikatnya itu lah yang aku lakukan. bila tiba masa untuk berbuka aku pun pergi ke bazar sambil ditemani sahabat ku yang berlainan blok. bila tiba dibazar, aku melihat watak2 manusia yang memenuhi ruang bazar tersebut dengan pelbagai ragam termasuk ku juga. habis beli makanan, kami menuju ke cafe untuk berbuka puasa bersama2. selepas berbuka aku pun buka laman sosial ku, sibuk dengan komentar di alam maya. dan bila ku melihat ada seseorang yang telah 'meremove' ku dari laman sosialnya, orang yang aku anggap sebagai kakak angkat kepada ku telah membuang ku sebagai rakan dilaman sosialnya. aku pun berasa pelik dan penuh dengan pertanyaan kenapa dia yang aku anggap sebagai kakak ku sendiri telah membuang aku...seribu persoalan timbul didalam fikiran ku...mungkin aku ni xlayak untuk dijadikan adik angkatnya, atau mungkin juga dia tidak dapat menerima ku sebagai rakan laman sosial kerana pejuangan yang aku juangkan...kebarangkalian mula menghujani ku...namum aku tetap redha kerana aku yakin dan percaya setiap yang terjadi ada hikmahnya, jika ini yang terbaik untuk ku, aku akan menerimanya dengan hati yang tabah.

Friday, August 19, 2011

bagaimana seorang kawan yang baik?

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

p/s - Walaupun kita bukan seorang yang baik, tapi jadilah seorang kawan yang baik..

cinta kampus: matlamat menghalalkan cara

Matlamat salah cuba menghalalkan cara.

Melalui hidup sebagai remaja, hidup di universiti yang berjauhan daripada ibu bapa, sedikit sebanyak, tempiasnya akan terkena juga. Terlalu banyak dugaan dalam cinta siswa siswi dan tidak semudah kata-kata untuk memelihara diri. Kehidupan di kampus yang jauh daripada pengawasan keluarga menyebabkan diri mudah terpedaya dengan ajakan nafsu.
Bagi mereka yang sudah terjebak, bukan mudah untuk membuat keputusan yang rasional di saat emosi dan perasaan sedang berkecamuk. Kalau ambil keputusan untuk berpisah, adakah masih ada wanita lain yang seperti dia? Kalau diteruskan hubungan ini, sanggupkah aku menanggung dosanya?

Tiada siapa yang akan menolong aku kalau bukan aku. Kekuatan itu mesti bangkit daripada dalaman diri sendiri. Jika niat itu sudah nekad, Allah Taala akan permudahkan jalan itu.
Inilah dunia sekarang yang penuh dengan kekeliruan dan jauh daripada penghayatan Islam sebenar. Masing-masing menggunakan agama sebagai pasport untuk membuat kebaikan daripada kaca mata mereka sendiri bukannya apa yang telah digariskan oleh Allah Taala dan Rasul.

Walaupun pada awalnya kita berniat hendak melakukan sesuatu yang baik, tapi mudah sungguh syaitan dan nafsu memesongkan niat suci itu dalam pelbagai cara yang cukup kreatif. Rasanya ramai remaja merasakan perlu kepada teman lelaki atau perempuan yang berlainan jantina merupakan satu ‘keperluan’ untuk rasa sempurna. Tempiasnya terkena juga kepada golongan remaja khususnya siswa dan siswi yang nampak komited pada kerja-kerja dakwah.

Sememangnya manusia lebih terdedah kepada kebaikan yang adakalanya mengaburi mata mereka, walhal perkara itulah sebenarnya yang mengundang malapetaka buat diri mereka sendiri. Begitu payahnya kita mahu membezakan perkara yang baik dan yang benar-benar baik. Apabila kita sudah terhantuk barulah kita baru terngandah itulah sebenarnya kesilapan.
Mereka tahu mereka hidup dalam dosa dan kesalahan, cuma yang penulis tidak faham bagaimana mereka boleh rasa sayang untuk lepaskan pasangan semata-mata mereka rasa dalam perhubungan mereka masih ada kebaikan, bersandarkan kepada sms tazkirah, suruh bangun tahajjud. Bagaimana mereka memandang dan menilai kebaikan?

Penulis rasa gusar memandangkan beberapa kes yang banyak berlaku di kalangan mereka ingin membawa Islam, tetapi akhlak pergaulan muslimah dan muslimin tidak dijaga.
Hanya berbekalkan perkataan yang berbentuk perbincangan, jihad, tazkirah, dan mengejutkan untuk ber-tahajjud, sinonim dengan perbincangan berbau Islam mereka anggap hubungan mereka ini sudah diredhai walaupun hanya sekadar bertelefon, sms, e-mail dengan luahan perasaan cinta masing-masing.
Tambahan lagi pengaruh nasyid temporari kini yang hangat mengutarakan lagu cinta sesama muslim menjadi penghangat cinta bagi mereka yang menghalalkan cara.

Segala-galanya adalah mainan perasaan yang kerap melihat kebaikkan di dalam dosa itu, dan amat jarang bagi kita untuk bermuhasabah di atas kebaikkan-kebaikan yang kita sangkakan telah dilakukan. Memanglah alam remaja, teramat indah jika ada orang lain yang sentiasa caring ke atas kita, tetapi percayalah ianya hanyalah khayalan sementara kerana selepas hidup bersama barulah kita tahu kelemahan dan keburukan pasangan masing-masing.

Bila anak-anak sudah bertambah dan kesibukan hidup pun juga bertambah, hilanglah segala impian-impian dan angan-angan terdahulu.
Kepada adik-adik remaja, khususnya mereka yang di bangku menara gading, jauhilah maksiat ber-couple atau apa sahaja perlakuan mungkar kerana semuanya itu saling membuktikan kepada Allah Taala bahawa kalian berdua amat berani mendurhakai Allah Taala. Rumahtangga dibina bukan hanya atas cinta, tetapi juga pada saling mempercayai.

Jika Allah sudah diingkari, siapa lagikah yang boleh dijadikan tempat meletakkan kepercayaan? Dosa semalam akan pasti menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya.
Muhasabahlah kalian.

Kita bincang pasal manusia, naluri manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.
Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga udara yang tadinya mendung menjadi terang benderang. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.
Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ
Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya” al-Ankabut (29:69)
Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.
Perlakuan matlamat menghalalkan cara mengelabui mata.
Perintah itu wajib.

Berjihadlah dalam mencari cinta yang suci iaitu cinta selepas pernikahan. Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.
Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: “Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama”.
Carilah kesibukkan di antara terlopong masa dengan pekerjaan, daripada sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

AKU JUGA SEORANG MANUSIA

salam, apa khabar semua? sihat? alhamdulilah, aku pun sihat juga...sebelum ni kan aku ada ckp yang aku akan tulis tentang perubahan dari segi pergaualan kan dalam hidup aku, jadi ini lah yang akan aku cerita kan dalam post ni...em, aku ceritakan dari zaman skema aku iaitu zaman persekolahan. dulu, time aku sekolah rendah aku ni hanya seorang budak yang agak nakal tp baik, em, mcm ne tu ek, faham2 sendiri lah ye, cara pergaulan aku sama je mcm budak2 yang seangkatan dengan aku time tu, pastu bila masuk zaman sekolah menengah pergaulan aku agak terbatas kerana al maklumlah dah baligh kan...aku ni jenis yang xbercampur sangat ngn perempuan ni, entah lah rasa mcm bersalah pulak kalau aku lebih2 ngan perempuan, xlah sampai xcakap tp klau bergurau tu aku akan elakkan persentuhan antara aku dan perempuan, sbb sebelum ni guru agama aku ada menyatakan kalau kita sentuh orng bukan muhrim maka akan berdosa, sejak itu lah aku xberani nk sentuh perempuan, pas abis tingkatan 5, aku dapat tawaran tingkatan 6, kat sini lah aku mula berubah daripada skema kepada skema yang xberapa skema. kt sini aku mula belajar tentang cinta, kt sini juga lah aku belajar tentang bergurau sambil bersentuh-sentuhan ngn perempuan ni..ish2, tp itu lah lumrah hidup seorang remaja yang sedang meningkat dewasa. bercerita tentang pergaulan, aku sudah mula nakal dalam pergaulan tp masih lagi mempunya batas2nya. perubahan mengajar aku erti kehidupan, time ni aku amat menonjol skit, sangat aktif disekolah, semua jawatan aku sapu, erm, tp xlh semua, sebenarnya aku jadi ketua pengawas time tu, kira jawatan paling 'famous' lah kt sekolah, sapa xkenal kan ketua pengawas sekolah. kt situ juga lah aku mula berjinak2 mendekati perempuan ni, ramai betul adik angkat aku time tu sehingga xterlayan aku dengan karenahnya semua, ya! aku nampaknya sudah mula berubah, tp masih lagi mempunyai batas2 yang ditekankan dalam islam, jauh disudut hati aku menyatakan bahawa walaubagaimanapun aku berubah cinta aku terhadap islam langsung tidak pernah terganjak walau sedikit pun. bila aku dh abis tingkatan 6, pergaulan aku dengan perempuan sudah mula kurang, yelah kan dah xmasuk sekolah, alhamdulilah Allah telah memberikan aku jalan untuk aku mengenal semua islam dengan lebih mendalam, aku mula dipertemukan oleh seseorang yang sangat mencintakan islam, aku diajak untuk pergi mendalami ilmu agama disalah sebuah sekolah pondok didaerah johor bahru, disitu aku mempelajari apa yang tersirat dalam islam ini. dan aku mula berubah, berubah menjadi seorang dai'e, seorang karkun, yang berkata2 tentang Allah, bercerita tentang kebesaran Allah, menceritakan kehebatan dan kebenaran islam sehingga ada orang menyelar ku sebagai extrimis islam. kejap! jadi apakah islam yang tidak extrimis? adakah islam yang seperti masyarakat kita hari ini amalkan, yang berpakaian tp telanjang?..anda jawablah...sbbnya aku nk bercerita tentang pergaulan aku. tp aku tidak mengalah malah aku semakin lebih bersemangat untuk menyebarkan ajaran islam ini, Ya! hari ini kita sudah dilahirkan islam tp malangnya ramai yang belum di Islamkan lagi. Kenapa? anda fikirkan lah sendiri...kita sambung cerita semula, pendekkn cerita, bila aku dh msuk U ni, aku mengalami kejutan budaya yang teramat sangat, terkejut aku dengan pergaulan yang TERSANGAT BEBAS ni...aku mula takut dengan keadaan sekeliling aku, yelah sebab sebelum ni aku banyak bergaul dengan golongan yang seangkatan dengan ku sahaja, yang mana pakaian nya jubah, serban, dan wangiannya minyak atar...jadi bila dah masuk unisel ni aku jadi terkejut...rasa terpencil, dan rupa2nya aku mula berubah menjadi seperti orang disekeliling aku, dari rambut sikat belah tengah terus jadi terpacak, dh mula pandai bergurau senda dengan perempuan semula, tp bezanya sambil bergaul aku akan menyampai kan sedikit cerita2 tentang islam, dan bila aku jadi mcm mereka, mereka boleh terima penyampaian aku tentang islam,...kat situ lah aku teringat yang guru aku pernah berkata: "kamu akan mempelajari sesuatu ilmu untuk berdakwah berdasarkan keadaan sekeliling kamu, dan kamu hendaklah menembusi dinding2 di sekeliling kamu itu"..jadi kalau sekarang ni anda nampak aku berubah, sebenarnya itu adalah perubahan luaran sahaja, maklum lah aku juga seorang manusia...tp di dalam masih tetap pada yang SATU....semoga kalian dapat menerima kehadiran aku...

perjuangan yang belum selesai

salam, perjuangan yang belum selesai itu lah yang dapat aku kata kan kerna, perjuangan ini bukan lah satu perjuangan yang aku mulakan, akan tetapi perjuangan ini adalah perjuangan yang para sahabat juangkan sejak dari zaman rasulullah s.a.w. selaku penyambung perjuangan ini, pada ku juga tidak akan selesai. mesti kalian tertanya-tanya apakah perjuangan yang aku maksudkan, perjuangan yang aku bawa ini adalah perjuangan menyebarkan panji-panji islam diseluruh dunia dan mendirikan pemerintahan sistem khilafah. apakah itu sistem khilafah? sistem khilafah ini adalah sistem dimana seorang khalifah akan dibaiahkn bgi menjadi pemimpin sesebuah negara islam dan mestilah berdasarkan daulah islamiah iaitu al-quran dan hadith. kadang kali aku terasa terasing apabila aku membaca perjuangan ini di alam universiti iaitu tempat aku berada sekarang, akan tetapi apabila aku membaca sebuah hadith yang menyebut, rasullullah pernah bersabda iaitu islam akan datang dalam keadaan terasing dan akan pergi dalam keadaan terasing dan pada suatu masa nanti islam akan datang kembali dalam keadaan terasing. maksudnya disini, jika hari ini aku membawa perjuangan islam, orang akan menganggap perjuangan aku ini adalah perjuangan yang asing, maka tidak ramai yang berminat tentang perjuangan ini. aku memohon kepada Allah agar dibukakan pintu hati mereka untuk bersama-sama aku dalam meneruskan perjuangan ini. terus terang aku katakan disini bahawa selepas hampir setahun aku berada di unisel ni, aku telah banyak mengalami perubahan dalam hidup aku, perubahan dari segi penampilan, pergaulan. bab yang paling menakutkan aku adalah perubahan dari segi pergaulan...nanti aku ceritan kan perubahan aku tu kt post lain ea...pape pun disini, matlamat yang aku ingin sampaikan adalah, walau siapa pun kita, kita harus meneruskan perjuangan yang dibawa oleh rasullullah iaitu menyebarkan syiar islam disetiap pelosok dunia...insya Allah...wasalam