PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

perjuangan ini tidak akan selesai selagi syiar islam tidak tertegak diseluruh muka bumi ini.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi sistem khilafah tidak didirikan.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi dunia belum kiamat.

Friday, August 19, 2011

AKU JUGA SEORANG MANUSIA

salam, apa khabar semua? sihat? alhamdulilah, aku pun sihat juga...sebelum ni kan aku ada ckp yang aku akan tulis tentang perubahan dari segi pergaualan kan dalam hidup aku, jadi ini lah yang akan aku cerita kan dalam post ni...em, aku ceritakan dari zaman skema aku iaitu zaman persekolahan. dulu, time aku sekolah rendah aku ni hanya seorang budak yang agak nakal tp baik, em, mcm ne tu ek, faham2 sendiri lah ye, cara pergaulan aku sama je mcm budak2 yang seangkatan dengan aku time tu, pastu bila masuk zaman sekolah menengah pergaulan aku agak terbatas kerana al maklumlah dah baligh kan...aku ni jenis yang xbercampur sangat ngn perempuan ni, entah lah rasa mcm bersalah pulak kalau aku lebih2 ngan perempuan, xlah sampai xcakap tp klau bergurau tu aku akan elakkan persentuhan antara aku dan perempuan, sbb sebelum ni guru agama aku ada menyatakan kalau kita sentuh orng bukan muhrim maka akan berdosa, sejak itu lah aku xberani nk sentuh perempuan, pas abis tingkatan 5, aku dapat tawaran tingkatan 6, kat sini lah aku mula berubah daripada skema kepada skema yang xberapa skema. kt sini aku mula belajar tentang cinta, kt sini juga lah aku belajar tentang bergurau sambil bersentuh-sentuhan ngn perempuan ni..ish2, tp itu lah lumrah hidup seorang remaja yang sedang meningkat dewasa. bercerita tentang pergaulan, aku sudah mula nakal dalam pergaulan tp masih lagi mempunya batas2nya. perubahan mengajar aku erti kehidupan, time ni aku amat menonjol skit, sangat aktif disekolah, semua jawatan aku sapu, erm, tp xlh semua, sebenarnya aku jadi ketua pengawas time tu, kira jawatan paling 'famous' lah kt sekolah, sapa xkenal kan ketua pengawas sekolah. kt situ juga lah aku mula berjinak2 mendekati perempuan ni, ramai betul adik angkat aku time tu sehingga xterlayan aku dengan karenahnya semua, ya! aku nampaknya sudah mula berubah, tp masih lagi mempunyai batas2 yang ditekankan dalam islam, jauh disudut hati aku menyatakan bahawa walaubagaimanapun aku berubah cinta aku terhadap islam langsung tidak pernah terganjak walau sedikit pun. bila aku dh abis tingkatan 6, pergaulan aku dengan perempuan sudah mula kurang, yelah kan dah xmasuk sekolah, alhamdulilah Allah telah memberikan aku jalan untuk aku mengenal semua islam dengan lebih mendalam, aku mula dipertemukan oleh seseorang yang sangat mencintakan islam, aku diajak untuk pergi mendalami ilmu agama disalah sebuah sekolah pondok didaerah johor bahru, disitu aku mempelajari apa yang tersirat dalam islam ini. dan aku mula berubah, berubah menjadi seorang dai'e, seorang karkun, yang berkata2 tentang Allah, bercerita tentang kebesaran Allah, menceritakan kehebatan dan kebenaran islam sehingga ada orang menyelar ku sebagai extrimis islam. kejap! jadi apakah islam yang tidak extrimis? adakah islam yang seperti masyarakat kita hari ini amalkan, yang berpakaian tp telanjang?..anda jawablah...sbbnya aku nk bercerita tentang pergaulan aku. tp aku tidak mengalah malah aku semakin lebih bersemangat untuk menyebarkan ajaran islam ini, Ya! hari ini kita sudah dilahirkan islam tp malangnya ramai yang belum di Islamkan lagi. Kenapa? anda fikirkan lah sendiri...kita sambung cerita semula, pendekkn cerita, bila aku dh msuk U ni, aku mengalami kejutan budaya yang teramat sangat, terkejut aku dengan pergaulan yang TERSANGAT BEBAS ni...aku mula takut dengan keadaan sekeliling aku, yelah sebab sebelum ni aku banyak bergaul dengan golongan yang seangkatan dengan ku sahaja, yang mana pakaian nya jubah, serban, dan wangiannya minyak atar...jadi bila dah masuk unisel ni aku jadi terkejut...rasa terpencil, dan rupa2nya aku mula berubah menjadi seperti orang disekeliling aku, dari rambut sikat belah tengah terus jadi terpacak, dh mula pandai bergurau senda dengan perempuan semula, tp bezanya sambil bergaul aku akan menyampai kan sedikit cerita2 tentang islam, dan bila aku jadi mcm mereka, mereka boleh terima penyampaian aku tentang islam,...kat situ lah aku teringat yang guru aku pernah berkata: "kamu akan mempelajari sesuatu ilmu untuk berdakwah berdasarkan keadaan sekeliling kamu, dan kamu hendaklah menembusi dinding2 di sekeliling kamu itu"..jadi kalau sekarang ni anda nampak aku berubah, sebenarnya itu adalah perubahan luaran sahaja, maklum lah aku juga seorang manusia...tp di dalam masih tetap pada yang SATU....semoga kalian dapat menerima kehadiran aku...

No comments:

Post a Comment