PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

perjuangan ini tidak akan selesai selagi syiar islam tidak tertegak diseluruh muka bumi ini.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi sistem khilafah tidak didirikan.
perjuangan ini tidak akan selesai selagi dunia belum kiamat.

Saturday, January 23, 2010

PENENANG JIWA

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau roh terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah untuk ditumpaskan jika kita tidak mempumyai persediaan asas yang lengkap.
Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Allah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya.
Ia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.

No comments:

Post a Comment